kadangkala sukar mentafsir
satu makna kehidupan
yang nyatanya berbeda dari satu insan
dan insan yang lainnya
Nyatanya...sukar mengandaikan
bila matahari kan memancar sirna serinya
bila malam kan meriah dengan limpahan cahaya bulannya
bila ombak kan menghempas badai di pantai
bila angin kan berpuput
bila langit kan cerah birunya
Segala-gala makna kehidupan
amat sukar diduga
Aku sebagai manusia
hanya mampu mengikut rentak alam
Pada dia yang pernah singgah
kenangan tercipta bak mutiara tinggi nilainya
harganya bukan kerana apa yang tersurat
tapi apa yang tersirat
kerana disebalik apa yang berlaku
tak pernah aku kesal
tak pernah aku benci
tak pernah aku lemah kerananya
tapi...kenangan-kenangan yang tercipta itulah
yang menguatkan aku
yang membimbing aku
yang mengajar aku
yang menggembirakan hariku
dalam langkah ku mencari diri
Aku senyum dalam senang
aku senyum dalam menang
kerna aku bersyukur
kerna aku tahu
sesuatu yang terjadi itu tentu ada hikmahnya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment